Thursday, October 21, 2010

Perhimpunan Agung Umno 2010 - Puteri Umno perlu jadi perintis trend bukan pengikut



Pergerakan Puteri Umno perlu menjadi perintis trend dan bukan pengikut agar perjuangannya mewakili generasi muda dihormati parti dan rakyat, kata ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid
Shirlin.

Beliau berkata Puteri yang mewakili "pejuang bangsa Melayu moden" perlu lebih agresif selaku pewaris negara untuk merencanakan kehidupan rakyat dan masa depan negara melalui idea mantap dan program berkesan.


"Dalam kita menakhkoda bahtera perjuangan, kedengaran suara-suara meminta pergerakan ini dibubarkan. Mengapa timbul cakap-cakap sedemikian rupa? Tentulah ada sebabnya...adakah kerana ada yang melihat kita tidak sepenuh hati berjuang untuk parti?

"Kita mesti mengembalikan semangat (perjuangan) ini...Puteri mesti merapatkan barisan perjuangan parti tanpa mengira sama ada kita berjawatan atau tidak," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2010.
 

No comments:

Post a Comment