Saturday, October 30, 2010

Tidak 'smart' bukan Johari, tapi Chua!


"Tuan-tuan dan puan-puan. Jika kita memperolehi 70 peratus dari kalangan 32,000 undi orang Melayu, kita tidak memerlukan undi Cina dan India," kata Johari yang mendapat tepukan daripada audien.

"Jika kita ingin menang di Titiwangsa, kita mahu Melayu (mengundi kita). Kita mahu Melayu. Jangan tunduk dengan Cina dan India hanya kerana kita ingin menang. Jangan begitu."

* Petikan ucapan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Johari Abdul Ghani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang tidak diketahui tarikh.

Ini satu daripada beribu-ribu contoh kenyataan salah faham mengenai perjuangan Umno terhadap kemajuan Melayu.

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek (menang jawatan presiden MCA meskipun dilabelkan sebagai pelakon aksi lucah) berpura-pura ingin menjaga kaum Cina.

Tetapi dia terlalu cepat melatah apabila diminta mengulas tanpa memahami konteks sebenar ucapan

Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Johari Abdul Ghani.

Sebab? Chua cuma faham bahasa lucah, dia tidak faham bahasa Melayu.
Agar tidak wujud salah faham, sebab itu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara perlu dipelajari dan difahami sedalam-dalamnya makna tersirat, bukan sekadar taksub untuk menguasai bahasa Inggeris.

Apakah salah apabila Johari mahu Melayu mengundi Umno?

Malahan Johari tidak mahu ahli-ahli Umno menurut apa sahaja kehendak Cina dan India semata-mata hendak menang kerusi Parlimen Titiwangsa.

'Kehendak' dalam konteks ucapan Johari ialah jangan orang Melayu menggadaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Perkara 153, Perlembagaan Malaysia, menyatakan hak-hak Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang melindungi kepentingan peribumi.

Itu merupakan perjanjian satu ketika dahulu ketika kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Persekutuan Malaysia. Ia tidak perlu dipertikaikan kerana ia satu kontrak sosial.

Apabila Cina atau India diberi keistimewaan yang dinikmati oleh Melayu dan Bumiputera, sudah pasti mereka ingin mengekalkannya.

Malahan, mereka akan menyanggah apabila pihak-pihak tertentu cuba melucutkan keistimewaan itu.

Dari satu sudut pula, MCA atau para pemimpinnya perlu mendahului dan menyemai pemikiran orang Cina ke arah menghormati Perlembagaan Malaysia.

Jangan semata-mata ingin meraih populariti di kalangan kaum Cina, mereka terikut-ikut dengan rentak DAP.

Parti itu meraih undi dengan perjuangan berteraskan hak sama rata antara Melayu/ Bumiputera dan Cina/ India.

No comments:

Post a Comment