Saturday, October 2, 2010

Ejen Umno bantu Penan


Satu pelan bagi meningkatkan kehidupan kaum Penan di Sarawak bakal dilancarkan oleh Yayasan Sejahtera (YS) pada 6 Okt ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad dalam satu kenyataan berkata pelan yang memberi tumpuan kepada Lusong Laku dan Pulau Bruit itu, akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata pelan pembangunan masyarakat komprehensif itu mengandungi sokongan hidup secara lestari, keperluan asas makanan, pembinaan serta pemulihan kediaman, dan pada masa yang sama, penyediaan perkhidmatan asas kepada masyarakat.

Katanya, semua inisiatif tersebut adalah sebahagian usaha anggota Parlimen di Sarawak untuk melihat pembangunan di bahagian pedalaman yang tidak begitu mudah didatangi.

"Program kami diputuskan menerusi perancangan dan penyertaan tempatan dari bawah ke atas secara perundingan," katanya yang baru selesai melawat Kampung Song Song di Kota Belud, Sabah dan Lusong Laku di Sarawak, untuk mengumpul fakta.

Di Lusong Laku, YS yang diwujudkan bagi menangani masalah kemiskinan tegar, merancang memperbaiki 20 rumah panjang, manakala program Pantri Makanan untuk 200 isi rumah, bakal dilaksanakan pada awal Disember.

Shahrir berkata YS juga sedang meneliti kemungkinan menjadikan penjanaan tenaga elektrik hidro mikro, padi dan tanaman lain sebagai sumber pendapatan.

YS diwujudkan di bawah Jawatankuasa Putrajaya mengenai Pencapaian Tinggi GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) bagi menghapuskan kemiskinan di Malaysia.

Ia juga mempunyai kaitan dengan enam bidang keberhasilan utama negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dan kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar dan pedalaman. - BERNAMA
___________________________________________________________

Kata UMNO Sarawak:

"Penan merupakan penduduk peribumi di Sarawak. UmnoSarawak percaya bukan niat kerajaan negeri yang bertulangbelakangkan PBB mengabaikan suku kaum Penan tetapi tidak mampu dari segi kewangan menyebabkan Yayasan dari Semenanjung membantu.

Justeru, amat tepat dengan perjuangan Umno yang tidak rela mana-mana kumpulan etnik dalam Bumiputera diabaikan.

UmnoSarawak juga yakin kewujudan Umno di Sarawak pada masa depan mampu membantu parti-parti komponen BN memperbaiki tahap perkhidmatan terhadap rakyat.

Hidup Umno! Hidup BN!".

No comments:

Post a Comment