Showing posts with label Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Show all posts
Showing posts with label Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

JPUNS tidak setuju tempoh kempen disingkatkan



Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak (JPUNS) tidak setuju tempoh kempen pilihan raya negeri kelak disingkatkan tujuh hari.

Pengerusinya, Affendi Jeman berkata kempen merupakan tempoh bagi mereka yang bertanding menyampaikan mesej dan perjuangan mereka kepada para pengundi untuk dinilai ketika memangkah undi. Justeru, tempoh yang benar-benar sesuai adalah perlu.

Katanya, keluasan geografi Sarawak juga wajar dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Faktor tersebut menyebabkan parti politik memerlukan masa yang lebih lama untuk berkempen.

“Rakyat semakin berinformasi dan bijak, seharusnya masa berkempen biarlah manasabah untuk parti-parti politik memberi penerangan asas perjuangan dan manifesto masing-masing,” katanya mengulas kenyataan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof.

Fadillah mengesyorkan agar SPR memberi tempoh kempen tujuh hari agar tidak wujud kekecohan sepanjang proses tersebut.

Tuesday, November 9, 2010

Zaid akur UMNO lebih baik dari PKR


*Zaid Ibrahim desak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali letak jawatan dalam PKR kerana mereka punca masalah dalam parti. - BERNAMA)

**Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR memberikan gambaran bahawa parti itu sebenarnya tidak mengamalkan sistem demokrasi yang mereka canangkan, kononnya bagi memperjuangkan keadilan dan ketelusan. Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan Zaid dan beberapa lagi pemimpin PKR yang mempertikaikan proses pemilihan parti itu, seharusnya menyedarkan rakyat tentang kepincangan yang berlaku dalam PKR. - BERNAMA
_______________________________________________________

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.


Thursday, October 21, 2010

Perhimpunan Agung Umno 2010 - Umno perlu dilihat lebih perjuangkan hak Melayu

Umno, parti yang menjadi tunggak kerajaan perlu dilihat lebih adil kepada orang Melayu terutama dalam memperjuangkan bidang-bidang yang mereka masih ketinggalan berbanding kaum lain.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sekalipun prinsip perjuangan Umno adalah berteraskan kepada keadilan untuk semua kaum, namun perjuangan membela hak Melayu perlu lebih diutamakan.

Kesamarataan dan kesaksamaan tidak bermakna keadilan, tapi keadilan akan menjamin kesamarataan dan kesaksamaan," katanya ketika membawa usul menyokong ucapan terima kasih ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Perhimpunan Agung pergerakan itu.