
*Zaid Ibrahim desak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali letak jawatan dalam PKR kerana mereka punca masalah dalam parti. - BERNAMA)
**Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR memberikan gambaran bahawa parti itu sebenarnya tidak mengamalkan sistem demokrasi yang mereka canangkan, kononnya bagi memperjuangkan keadilan dan ketelusan. Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan Zaid dan beberapa lagi pemimpin PKR yang mempertikaikan proses pemilihan parti itu, seharusnya menyedarkan rakyat tentang kepincangan yang berlaku dalam PKR. - BERNAMA
_______________________________________________________
Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.
Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.