Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual pulang ke Kuala Lumpur tengah hari ini dengan menaiki sebuah pesawat khas.
Pesawat berkenaan dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne, kira-kira jam 3 petang (1 tengah hari waktu Malaysia).
Dr Mahathir dimasukkan ke Hospital Epworth di Melbourne Sabtu lalu kerana jangkitan di dada.