Monday, January 31, 2011

DASAR BIJAK NAJIB PENENTU KEMENANGAN TENANG


Selain pengundi memang setia dan yakin dengan pemerintahan BN, kejayaan Umno di DUN Tenang merupakan bukti keberkesanan dasar-dasar kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan dasar seperti Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Polisi-polisi tersebut adalah berteraskan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Nampak gaya, Umno tetap gah berbanding Pas yang semakin malap terutama di Johor.

Pas sekadar, dari dahulu hingga sekarang, asyik memperjuangkan slogan "undi Pas anda masuk syurga".

Sejauh mana kebenaran pemimpin-pemimpin Pas ada menjanjikan demikian, itu tidak diketahui, tetapi mana bisa pokok bergoyang tanpa ada angin.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Ahad lepas, Mohd Azahar Ibrahim, 39, yang memperoleh 6,699 undi menewaskan calon Pas Normala Sudirman, 38, yang hanya memperoleh 2,992 undi.

Malahan kemerosotan undi diperoleh calon Pas menunjukkan kemerosotan sokongan terhadap Pas secara keseluruhan.

Para pengundi Cina juga mengembalikan keyakinan terhadap BN apabila kebanyakan mereka memangkah calon BN.

Peralihan undi itu menafikan dakwaan Pakatan Rakyat mengatakan mereka mula merintis tempat di hati rakyat Johor.

Dalam pilihan raya kecil itu, BN menang di tiga daripada empat pusat pengundian yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Umum 2008. Ia membabitkan Labis Timur, Labis dan Tenang.

Ia merupakan isyarat jelas kepada pemimpin-pemimpin Pas, juga PKR dan DAP, tidak mendapat tempat di hati rakyat Johor.

Johor merupakan antara negeri yang disifatkan sebagai kubu kuat BN selain Sabah dan Sarawak.

Justeru, harapan para para pemimpinnya dan penyokong BN ketika ini ialah agar momentum kemenangan itu dikekalkan pada pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini.

Thursday, January 27, 2011

Bapa Silat Melayu Sarawak di era moden


Seni Silat Melayu adalah satu warisan bangsa Melayu yang tak lapuk dek zaman. 

Bahkan sejak dari dulu lagi, seni warisan ini telah dijaga dengan rapi oleh pengamal-pengamal yang turut berusaha untuk mempopularkannya dikalangan bukan Melayu.

Justeru itu, amatlah tidak sopan sekali apabila adanya tuduhan-tuduhan bahawa seni silat Melayu di negeri ini telah disalahgunakan oleh pengamalnya.

Seseorang sepatutnya tidak cepat untuk membuat tuduhan bahawa apabila anak nakal, sudah tentu mendapat restu bapa.

Andaian seumpama ini amat tidak adil sekali.


Begitu juga dengan andaian bahawa memandangkan murid perguruan Seni Silat Helang Putih memukul seorang pemimpin PBB, maka guru perguruan tersebut Haji Haneef dikatakan bersubahat.

Pihak yang membuat tuduhan seumpama itu patut dibawa ke muka pengadilan untuk dihukum kerana mempunyai mulut yang lancang yang tidak berlandaskan kepada fakta.

Satu tuduhan semata-mata terhadap seorang pengamal seni silat Melayu yang telah mempopularkan seni silat di seluruh Sarawak.

Bahkan bolehlah dikatakan Haji Haneef layak untuk digelar sebagai bapa silat Melayu Sarawak di era moden.

Maka kita jangan terlalu cepat membuat andaian yang bertujuan untuk merosakkan seni silat Melayu di Sarawak.

Tidak masuk akal untuk menuduh Haji Haneef mengarahkan murid-muridnya untuk memukul pemimpin PBB tersebut.

Mungkin pemimpin PBB tersebut sedang khayal ketika ditumbok. Satu kemungkinan.

Thursday, January 20, 2011

Penubuhan Sukarelawan Pemuda BN Negeri patut di puji




Penubuhan Jawatankuasa Sukarelawan Pemuda BN Negeri yang dipengerusikan oleh Mohd Kamaluddin Haji Mohd Effendie adalah satu usaha yang baik dan patut disokong oleh semua pihak.

Bahkan UMNO Sarawak menyokong penubuhan jawatankuasa ini yang turut memain peranan sebagai pasukan bertindak cepat (Early Response Team) bagi membantu dalam perkara berkaitan bencana alam, msibah dan sebagainya.

Sarawak memerlukan kepimpinan muda seperti Datuk Fadilah Yusuf dan Kamaluddin untuk melengkapi generasi muda dengan semangat sukarelawan dan keprihatinan yang tinggi agar menjadi generasi yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Walaupun pada ketika ini adanya cemuhan-cemuhan yang dilemparkan kepada Fadilah dan Kamaluddin kerana jawatankuasa ini kelihatan gagal bertindak membantu mangsa-mangsa banjir dalam kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini, UMNO Sarawak merasakan terlalu awal untuk rakyat Sarawak memberi penghakiman.

Jawatankuasa ini hanya baru ditubuhkan dan ianya memerlukan masa untuk dapat benar-benar berfungsi secara optima.

Berilah masa kepada jawatankuasa ini dan juga pemimpin muda Sarawak Fadilah dan Kamaluddin.

Apa jua kritikan ataupun cemuhan yang dilemparkan terhadap jawatankuasa ini, Fadilah dan Kamaluddin patut dipuji atas usaha penubuhan ini.
 

Wednesday, January 19, 2011

UMNO adalah parti Islam! PAS mesti mohon maaf!!!

 PAS sering kali cuba untuk menonjolkan bahawa parti tersebut adalah parti Islam manakala UMNO adalah parti kufur.

Ternyata dakwaan PAS bahawa UMNO adalah parti kufur disangkal Duta Iran di Malaysia Prof. Dr. Mohammed Mehdi Zahedi.

Sudah sewajarnya seorang duta yang mempunyai pendidikan yang tinggi seperti Mohammed mengerti dengan jelas tuduhan yang berniat jahat yang dilemparkan oleh PAS.
\
Diharapkan pemimpin PAS bertaubat kerana membuat tuduhan UMNO yang didokong oleh orang Melayu/Islam sebaai parti kufur.

HIDUP UMNO! HIDUP MELAYU! HIDUP ISLAM!




Ambassador Of Iran Recognises Umno As An Islamic Party

KUALA LUMPUR, Jan 18 (Bernama) -- Umno is a political party that not only champions the aspirations of the Malays but also consistently upholds the religion of Islam, said Iranian ambassador to Malaysia, Prof. Dr. Mohammed Mehdi Zahedi.

"Umno is an Islamic party which has leadership continuity and a clear structure capable of creating harmony not only among Muslim members but the community at large," he was quoted as saying by the Umno Online news portal when paying a courtesy call to Umno Secretary-General Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor at the Umno Headquarters, Tuesday.

Friday, January 14, 2011

Terimakasih Dato' Ahmad Shabery Chik


Ketokohan Dato' Ahmad Shabery Chik amat menyerlah sekali apabila pasukan bolasepak Malaysia, yang dikenali sebagai Harimau Malaya, berjaya merangkul Piala Suzuki untuk pertama kali dalam sejarah pembabitan Malaysia dalam pertandingan tersebut.

Walaupun penyertaan pasukan Harimau Malaya atas tiket Persatuan Bolasepak Malaysia, sumbangan yang telah diberikan oleh Dato' Ahmad Shabery Chik kepada persatuan tersebut sehingga berjaya membentuk satu pasukan yang mantap tidak dapat dinafikan sama sekali.

Malah, Dato' Ahmad Shabery Chik lah satu-satunya menteri yang berjaya membantu bolasepak mengharumkan nama negara diarena Asia dan juga dunia.

Kejayaan mengalahkan Indonesia untuk menjulang Piala Suzuki telah berjaya membantu Malaysia naik dalam ranking dunia ke tangga 144.

TAHNIAH Dato' Ahmad Shabery Chik ! 

Kejayaan Piala Suzuki amat manis sekali untuk semua rakyat Malaysia !