Friday, November 19, 2010

Daud, berilah laluan kepada Fadilah



Datuk Fadilah Yusuf adalah calon yang terbaik dikalangan pemuda PBB masa kini untuk mendapat perhatian serius dari pucuk kepimpinan parti.

Sekiranya beliau berkehendakkan UMNO Sarawak untuk menyedia tempat bagi dirinya dalam parti, UMNO Sarawak tidak teragak-agak untuk menyediakan kerusi Pengerusi Negeri untuk beliau.

Jika dibandingkan dengan mana-mana pemimpin Pemuda masa kini, beliau lebih terhadapan serta mempunyai misi dan visi yang mampu membantu generasi muda membuat persediaan untuk menghadapi masa hadapan yang dijangka persaingan akan lebih kompetitif - baik dari segi ekonomi ataupun bukan ekonomi.

Pengurniaan darjah Datuk kepada beliau oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menunjukkan bahawa beliau amat disegani oleh ketua menteri sendiri.

Ahli-ahli politik yang seangkatan dengan beliau, tidak berupaya untuk menyaingi beliau.

Ini adalah hakikatnya.

Malangnya, adalah satu kesukaran untuk Fadilah berubah hala tujuan buat masa ini untuk mengisi jawatan Pengerusi Negeri UMNO Sarawak.

Pada masa yang sama, kesukaran ini tidak menghalang UMNO Sarawak untuk menaruh harapan kepada beliau sebagai tonggak kepimpinan pemuda Sarawak.

Atas dasar ini, UMNO Sarawak merasakan masanya sudah tiba untuk Fadillah diberi satu jawatan yang lebih tinggi sebagai pengikhtirafan kepada bakat kepimpinan beliau.

Pada pandangan UMNO Sarawak, diantara pemimpin senior PBB yang seharusnya mengundur diri ialah Datuk Daud Abdul Rahman.

Semua mengetahui bahawa buat ketika ini Daud mempunyai kesihatan yang kurang elok.

Sebagai seorang wakil rakyat yang berpengalaman dan bertanggungjawab, Daud hendaklah mengambil sikap professional dengan mengundurkan diri dari pentas politik.

Adalah sukar untuk beliau memainkan peranan yang efektif berdasarkan keadaan beliau sekarang.

Pada masa yang sama tidaklah adil kepada rakyat sekiranya mereka terpaksa menunggu wakil rakyat mereka berehat untuk sembuh.

Permasalahan rakyat bukannya permasalahan yang boleh menunggu sehingga seseorang wakil rakyat itu sihat baru sesuatu tindakkan dapat diambil.

Calon yang terbaik untuk menggantikan tempat Daud ialah Fadilah, iaitu bekas anak didik Daud sendiri.

Fadilah telah banyak berjasa dengan penduduk di kawasan DUN Tupong sewaktu beliau menjawat jawatan Ketua Pemuda dikawasan tersebut.

Sumbangan bakti beliau telah berjaya menarik perhatian pemimpin PBB untuk memberi kepercayaan kepada beliau untuk mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya.

Sebagai seorang yang telah lama berjasa di Kuching, sudah semestinya ramai penduduk Kuching yang mengetahui jasa-jasa beliau.

Pada masa yang sama, ramai rakyat Sarawak telah merasai faedah-faedah yang dibawa oleh beliau menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang mana Fadilah adalah Timbalan Menteri kementerian tersebut.

Sesungguhnya rakyat Sarawak patut merasa bangga dan beruntung mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa seperti Fadilah.

Oleh itu, adalah layak untuk beliau menduduki kerusi Naib Presiden PBB yang sekarang ini diduduki oleh Daud.

Sesungguhnya rakyat Sarawak akan mengucapkan ribuan terimakasih kepada Daud sekiranya beliau mengosongkan kerusi Naib Presiden untuk diberikan kepada Fadilah iaitu seorang pemimpin pemuda yang amat disegani di seluruh Sarawak dan Malaysia.

4 comments:

  1. Yer kah...? Sejak bila Sebana boleh mewakili suara rakyat Sarawak. Atau artikel ini dibuat bukan bertujuan untuk melaga-lagakan kedua-dua Pemimipin yang disegani ini? Pembetulan: Kedua-dua Pemimipin ini adalah dari Parti PBB. Umno belum wujud di Sarawak. Jd Sebanaku ini UMNO lah....? Atau srtikel ini juga bukan untuk melaga-lagakan PBB dan UMNO?

    ReplyDelete
  2. Datuk Hj YB Daud bolih beri laluan kpd Datuk Fadillah, dan dalam ganti menganti, YB Daud akan dan bolih dilantik kpd yang dipertua DUN sebagai Speaaker atau penolong Speaker jawatan yang ada kosong kinik tok.Pendapatan juga akurng labih YB Daud jangan susah lagi pun kini YB sudah baik dari sakit dan jangan sampie melarat dan adabaik nya rehat. untuk itu jawatan Penolong Speaker bolih untuk YB rehat. Sekian, dari kami orang orang Tupong.

    ReplyDelete
  3. selama ini kedua yb tersebut berkeja sama dan erat antara satu sama lain.di sebabkan itu ?kedua2 yb di senangi oleh rakyat setempat. di sebabkan itu lah kedua2 yb menjadi magsa fitnah dalam berapa2 blog tempatan

    ReplyDelete
  4. sebanaku or commentor yang melagakan orang..lagipun artikel tok asalnya post dalam blog ney? Sabanaku or UMNO Sarawak?

    ReplyDelete