Monday, November 15, 2010

Salleh gentar berdepan Taib?


Datuk Salleh Jafaruddin enggan menyahut cabaran Jawatankuasa Penaja Umno Sarawak (JPUNS) agar bertanding pada pilihan raya negeri kelak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

JPUNS baru-baru ini mencabar agar veteran politik itu bertanding menentang Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Pertemuan yang disifatkan ramai sebagai buku bertemu ruas.

Semalam pada ceramah umum anjuran Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS) Salleh yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, menafikan khabar angin yang mengatakan beliau akan aktif semula dalam arena politik.

Salleh tidak aktif dalam politik untuk tempoh kira-kira 20 tahun. Beliau memasuki kancah politik pada 1970an sebagai ADUN Balingian di bawah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Pada 1977, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara atau senator dan seterusnya dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelajaran.

Setahun kemudian, beliau menang di kawasan Parlimen Mukah. Pada 1983, Salleh bertanding di DUN Oya dan menang tanpa bertanding.

Tiga tahun kemudian, beliau bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Mukah dan tewas di tangan Dato Sri Dr Muhammad Leo Toyad (PBB) pada Pilihan Raya Umum.

Salleh merupakan antara pemimpin parti Persatuan Malaysia Sarawak (Permas) yang muncul ketika peristiwa Ming Court.

Kali terakhir beliau bertanding pada 1991 di DUN Belawai, sebagai calon Permas, tetapi tewas di tangan Datuk Hamden Ahmad dari PBB.

Salleh dipetik dalam akhbar The Borneo Post hari ini, memberitahu keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri yang akan diadakan sebelum Julai 2011, merupakan atas faktor usia.

"Orang berumur macam saya mana boleh aktif dalam politik lagi," katanya.

Penafian Salleh sekali gus menepis andaian liar pemerhati politik yang mengatakan beliau bakal menjadi Ketua Menteri Sarawak apabila menang pilihan raya negeri kelak.

Ketika cerita mengenai Salleh ingin aktif semula dalam kancah politik, didedahkan Malaysiakini, beliau memberitahu sedia mempertimbangkan untuk bertanding.

Dalam Malaysiakini, beliau dipetik:

"Saya tidak pasti dari mana spekulasi ini muncul. Perkara ini menarik memandangkan saya sudah lebih 20 tahun tidak terlibat dalam arena politik.

"Tetapi saya mesti katakan, ia berbaloi untuk dipertimbangkan. Saya banyak masa lapang sekarang. Kesihatan pun baik. Banyak teman-teman menggalakkan saya kembali membantu pemimpin muda di Sarawak," katanya.

Adakah keputusan penafian dan menarik balik hasrat beliau dibuat selepas mendengar nasihat agar membatalkannya.

Salleh bukan popular sangat dalam politik Sarawak. Dan mungkin tidak layak digelar 'heavy weight'.

2 comments:

  1. Berkenaan dengan hal Datuk Salleh dikatakan gementar bertemu dan melawan Datuk Talib adalah carita kosong, dan yang tidak pernah berlaku apa kena mengena dengan datuk salleh jadi takut dan gementar. Semua carita yang dibuat andaian sahaja. Mengikut kenyataan akhbar datuk Salleh berkata ia tidak ada masa untuk politik dan ia sudah pun tua. Fahamlah kita semua apa yang dikatakan oleh Datuk salleh.

    ReplyDelete
  2. oi, ko sik baca interviu malaysiakini dengan salleh kah? sik ko baca artikel sebelum tok dalam blog tok

    ReplyDelete