Tuesday, November 23, 2010

Luahan rakyat mahukan Umno di Sarawak

Petikan dari forum www.topix.com pada 4 Oktober 2010
"Mungkin sudah tiba masanya Sarawak perlukan Umno, sebab apa yang saya perhatikan sekarang nasib orang Iban dan kaum Bumiputera yang lain terus tidak dipedulikan dan tiada pembelaan.
Bak kata orang, harapkan pagar pagar pula makan padi. Orang Iban di rumah panjang terus hidup melarat dan miskin papa kedana.
Apa yang berlaku sekarang kekayaan negeri Sarawak hanya dimonopoli oleh kaum Cina dan Melanau, tapi yang paling nyata ialah kaum Cina yang terus mendominasikan segala bentuk perniagaan daripada yang halal hingga ke yang tidak halal.
Jadi saya amat berharap agar Umno mengibarkan sayapnya ke negeri Kenyalang supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan segera. Welcome to Sarawak Umno. Hidup Umno".

Friday, November 19, 2010

Daud, berilah laluan kepada Fadilah



Datuk Fadilah Yusuf adalah calon yang terbaik dikalangan pemuda PBB masa kini untuk mendapat perhatian serius dari pucuk kepimpinan parti.

Sekiranya beliau berkehendakkan UMNO Sarawak untuk menyedia tempat bagi dirinya dalam parti, UMNO Sarawak tidak teragak-agak untuk menyediakan kerusi Pengerusi Negeri untuk beliau.

Jika dibandingkan dengan mana-mana pemimpin Pemuda masa kini, beliau lebih terhadapan serta mempunyai misi dan visi yang mampu membantu generasi muda membuat persediaan untuk menghadapi masa hadapan yang dijangka persaingan akan lebih kompetitif - baik dari segi ekonomi ataupun bukan ekonomi.

Pengurniaan darjah Datuk kepada beliau oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menunjukkan bahawa beliau amat disegani oleh ketua menteri sendiri.

Ahli-ahli politik yang seangkatan dengan beliau, tidak berupaya untuk menyaingi beliau.

Ini adalah hakikatnya.

Monday, November 15, 2010

Salleh gentar berdepan Taib?


Datuk Salleh Jafaruddin enggan menyahut cabaran Jawatankuasa Penaja Umno Sarawak (JPUNS) agar bertanding pada pilihan raya negeri kelak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

JPUNS baru-baru ini mencabar agar veteran politik itu bertanding menentang Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Pertemuan yang disifatkan ramai sebagai buku bertemu ruas.

Semalam pada ceramah umum anjuran Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS) Salleh yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, menafikan khabar angin yang mengatakan beliau akan aktif semula dalam arena politik.

Salleh tidak aktif dalam politik untuk tempoh kira-kira 20 tahun. Beliau memasuki kancah politik pada 1970an sebagai ADUN Balingian di bawah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Pada 1977, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara atau senator dan seterusnya dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelajaran.

Sunday, November 14, 2010

PKR: Siapa menang, siapa kalah?

Oleh A Kadir Jasin

KALAU Zaid lawan Anwar, siapa akan menang? Anwar dan Zaid belum tentu menang. Yang akan menang tanpa menggerakkan sepuntung jari pun adalah parti-parti dan pihak-pihak yang bersaing atau bermusuh dengan PKR.

Hakikatnya bukan soal kalau lagi. Perlawanan Zaid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim sudah pun bermula.

Apa tidaknya, Zaid secara terbuka, termasuk melalui media massa arus perdana yang tidak diyakini oleh pembangkang, telah mencabar Anwar dan orang kanannya, Mohd Azmin Ali, supaya memberi laluan kepada kepemimpinan baru.

Dan Zaid tentu tidak berjenaka, sinis atau skeptis apabila dia berkata, dia layak memimpin PKR. Yang malang adalah Zaid telah menarik dari daripada pertandingan timbalan presiden dan meletakkan semua jawatan parti.

Jadi, peluangnya memimpin PKR atau mengambil bahagian dalam proses kepemimpinan telah berakhir melainkan dia cuba memimpin parti itu dari luar melalui kaedah perang gerila atau pemberontakan.


Friday, November 12, 2010

Adakah kita ingin menjadi pengemis ditempat sendiri dan Cina menjadi raja?

Melayu Pulau Pinang bakal hidup melarat
Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my
2010/11/12 Pemilikan tanah hanya tinggal 20.41 peratus

GEORGETOWN: Pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang kini hanya tinggal 20.41 peratus, meskipun kaum itu mewakili 44.89 peratus daripada jumlah penduduk negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong daripada UMNO, Muhammad Farid Saad, berkata lebih membimbangkan, Daerah Timur Laut iaitu kawasan paling pesat membangun di Pulau Pinang, tanah milikan Melayu hanya 1.16 peratus.

Katanya, kajian UMNO Pulau Pinang juga mendapati ada 60 perkampungan Melayu yang mempunyai 7,000 penghuni dibina di atas tanah orang lain.

“Berikutan itu, penduduk bakal kehilangan tempat tinggal pada bila-bila masa,” katanya pada forum bertajuk Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang di sini, kelmarin.

Farid adalah salah seorang daripada empat ahli panel forum berkenaan, selain Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff; Ahli Parlimen Parit Buntar daripada PAS, Dr Mujahid Yusuff Rawa dan Presiden TERAS Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Thursday, November 11, 2010

Calon 'UMNO Sarawak' guna tiket Bebas



Satu daripada cara UMNO untuk masuk ke Sarawak, menerusi usaha Affendi Jeman, menemui jalan buntu apabila Parti Agenda Rakyat Bumiputera Sarawak (ARBS) secara rasmi ditarik balik permohonan pendaftarannya semalam.

Sumber memberitahu, Affendi Jeman yang menjadi pengerusi penaja Parti ARBS, telah mengemukakan surat memohon agar proses pendaftaran tidak diteruskan.

Parti tersebut ditubuhkan dengan niat untuk membolehkan mereka yang berminat dengan UMNO di Bumi Kenyalang dapat menyertai pilihan raya negeri akan datang.

Nampak gaya, matlamat itu terkubur. Tetapi sebenarnya tidak terkubur sepenuhnya.

Affendi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penaja Umno Sarawak (JPUNS) telah memikirkan cara bagaimana hendak meletakkan calon-calon pro-UMNO.

Wednesday, November 10, 2010

KAMI TENTANG SEBARANG TINDAKKAN KEATAS GURU SK ST THOMAS

Bapa kepada murid yang dirotan oleh guru SK St Thomas adalah seorang penganut agama Islam.

Namanya ialah : Nor AZMAN ABDULLAH.


Dan sudah tentu murid tersebut tidak boleh membawa makanan tidak halal ke sekolah.


Bahkan murid tersebut tidak boleh makan makanan tidak halal sama ada di sekolah ataupun di rumah ataupun dimana jua.


Tetapi malangnya isteri Azman, Angela Jabing adalah seorang penganut agama Kristian.


Kami setuju dengan gesaan Sarawak BN Supreme Justice Defender
bahawa PAS mesti membuat pendirian dalam kes ini.

Azman adalah orang kuat Anwar al-Juburi dan pernah bertanding atas tiket PKR dalam pilihanraya yang lepas.


Manakala Angela Setiausaha Eksekutif PKR Sarawak.


Adakah PAS hanya memejam mata sahaja hal ini demi kuasa?

Zaid kian tersungkur, PKR kian mundur

SELEPAS kalah di Batu Sapi dan terkini tindakan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden dan meletak semua jawatan dalam parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa akur imej demokrasi dan keadilan yang kononnya dijunjung selama ini kian tercalar.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim @ Anwar al-Juburi, seperti biasa, mengaitkan semua masalah dengan UMNO yang bertujuan menghancurkan karier politiknya termasuk menjatuhkan imej PKR.

Anwar yang begitu bangga mencanangkan bahawa PKR menjunjung penuh amalan demokrasi dan keadilan dalam parti, seolah-olah hilang ilham untuk memajukan parti.

Dia sedar semakin lama, kian pudar sokongan terhadap parti yang ditubuhkan bagi membela dirinya ketika terbabit dengan aktiviti seks penjuburan (sodomi)  pada 1998.

Cukup demokrasi-kah PKR apabila Anwar membela pencabar Zaid untuk ke jawatan Timbalan Presiden, Azmin Ali, demi menjaga kepentingan politiknya dan bukan membela rakyat.

Malahan, Anwar mengaitkan pengunduran Zaid sebagai satu kebetulan yang tidak munasabah.


Tuesday, November 9, 2010

Zaid akur UMNO lebih baik dari PKR


*Zaid Ibrahim desak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali letak jawatan dalam PKR kerana mereka punca masalah dalam parti. - BERNAMA)

**Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR memberikan gambaran bahawa parti itu sebenarnya tidak mengamalkan sistem demokrasi yang mereka canangkan, kononnya bagi memperjuangkan keadilan dan ketelusan. Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan Zaid dan beberapa lagi pemimpin PKR yang mempertikaikan proses pemilihan parti itu, seharusnya menyedarkan rakyat tentang kepincangan yang berlaku dalam PKR. - BERNAMA
_______________________________________________________

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.


Friday, November 5, 2010

Empat sebab Cina benci 30 peratus kuota



Oleh: Nor Yanti Karim (laman sesawang Perkasa)

Sejak kebelakangan ini, pemimpin cina semakin aktif mempersoalkan kuota 30% bumiputera dan hak keistimewaan orang Melayu. Mengapakah ini berlaku? Saya berpandangan ini berlaku disebabkan beberapa perkara, iaitu dalam usaha mereka mengukuhkan penguasaan dalam bidang ekonomi melalui sektor hartanah, modal insan, pasaran modal dan perniagaan:

Yong gagal guna sentimen kewilayahan, Galas terima Umno


Usaha bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee memancing pengundi menggunakan sentimen kewilayahan tidak membuahkan hasil pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi apabila calon BN Datin Linda Tsen menang.

Yong daripada SAPP gagal meraih undi majoriti menggunakan sentimen tersebut kerana Umno - meskipun bukan calonnya bertanding - membuktikan Umno tidak pernah mengenepikan hak kaum lain sejak berada di Sabah.

Linda, daripada PBS, 'mewarisi' kerusi tersebut daripada mendiang suaminya Datuk Edmund Chong Ket Wah yang meninggal dalam kemalangan pada 9 Oktober lepas.

Pilihan raya tersebut menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Selain Linda dan Yong, PKR turut mengetengahkan calonnya, Ansari Abdullah.

Linda, guru muzik sambilan, meraih majoriti 6,359 undi dengan memperoleh 9,773 undi berbanding Ansari 3,414 undi dan Yong 2,031 undi.


Tuesday, November 2, 2010

Affendi terus berjuang demi Umno di Sarawak


Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) akan meletakkan calonnya pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, dengan hasrat mampu meraih sokongan majoriti rakyat dan sekali gus diberi lampu hijau untuk menebarkan sayap Umno secara rasmi.

Pengerusi JPUNS, Affendi Jeman berkata keputusan itu adalah untuk kepentingan rakyat dan kemajuan Sarawak yang masih memerlukan banyak projek pembangunan infrastruktur, terutama jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik.

"Hasrat menyertai pilihan raya adalah sebagai memenuhi permintaan dari ahli-ahli dan penyokong JPUNS di seluruh Sarawak dan Semenanjung.

"Saya sendiri akan bertanding di salah satu kawasan DUN majoriti Melayu di Bandar Raya Kuching," katanya menerusi satu kenyataan.