Friday, February 18, 2011

Ripin yang berwawasan

Dia bukan sekadar umpama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, tetapi kerana wawasan dan pandangan jauhnya, Ripin Lamat sebenarnya umpama wakil rakyat.


Aktif dalam membantu rakyat di kawasannya dan menjadi mata-telinga Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kawasannya, sudah pasti dia mulia budi pekerti.

Dilantik menjadi Setiausaha Politik pada 7 Mei 2009, dia yang berusia 41 tahun sebenarnya mempunyai asas yang kukuh untuk menceburi karier politik.

Pehin Sri Taib pastinya telah memilih setiausaha politik yang tepat kerana mempunyai wawasan sejajar dengan agenda Politik Pembangunan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Ripin berupaya dicalonkan sebagai wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri kelak apabila 'senior-seniornya' di kawasan tersebut berundur.

Dia, ahli jawatankuasa Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), bijak dalam mengetengahkan peranan atau Barisan Nasional (BN).

Ripin yang dilahirkan dalam keluarga keturunan Kedayan berasal dari Kampung Tiris, Bekenu, Miri.


Pemegang Diploma Perhutanan dari Universiti Putra Malaysia (dahulu Universiti Pertanian Malaysia) pada 1994, Ripin bekerjasama rapat dengan pucuk pimpinan Pemuda PBB.

Ini adalah untuk memastikan perancangan dan agenda parti, terutama Pemuda PBB, sampai ke peringkat akar umbi. Dalam konteks ini, amat bertuah Pemuda PBB memiliki ahli jawatankuasa yang sedemikian rupa.

Ucapan penghargaan terhadap Pehin Sri Taib ketika mula-mula dilantik sebagai Setiausaha Politik satu ketika dahulu nampaknya diabadikan Ripin dalam bentuk tindakan.

Iltizam untuk memberi perkhidmatan terbaik sama ada kepada BN dan juga rakyat Sarawak nampaknya tidak sia-sia.

Dia ketika dilantik dipetik sebagai berkata:

"Pelantikan ini tidak akan menjejaskan tugas saya sebagai wakil rakyat dan akan terus berbakti kepada masyarakat di kawasan saya."

"Dulu sebagai rakyat, saya mengharapkan pemimpin yang dilantik membantu rakyat dan kini apabila menjadi pemimpin kita memahami keperluan rakyat dan kita akan bersama mereka pada masa susah dan senang," katanya.

5 comments:

  1. artikel tajaan saudara Ripin ke nie??

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu, org nak popular, ada banyak wang, nak promosi diri sendiri, bayar je kat blogger mesti kluaar cerita baik punya.
    apalagi blogger umno Swak nie.. part ripin, rakan rakan dan menteri sukan ahmad shabery chik berjumpa kat Marriot aritu memang betul.. saya boleh sahkan tapi apa mereka bincang saya tak tahu, ada bisness kot.

    ReplyDelete
  3. Ripin tuk sik perlu nak taja diri sendiri. Mun benar2 pro umno keluar aja PBB lalu nyokong jpuns ya baru gentlement. Untuk pengetahuan banyak orang berkelayakan sanggup berkorban ninggal PBB walaupun sidak ada jawapan penting di PBB. Bukan jawatan dan populariti yang dikejar tapi keikhlasan dalam memperjuangkan hak rakyat diri walaupun sik ada jawatan. Jangan jadi pedang bermata dua nak makan sebelah sebelah.

    ReplyDelete
  4. Saya amat mengenali beliau sejak dari sekolah lagi. Beliau seorang yang mempunyai cita-cita tinggi dan bersemangat. Sebelum menjadi wakil rakyat pun dia telah banyak membantu masyarakat setempat di Sibuti, namun mungkin khidmat beliau agak terhad berdasarkan peranan yang beliau sedia ada. Saya yakin, dengan pemilihan beliau sebagai wakil rakyat akan merancakkan lagi khidmat beliau di kawasan beliau.

    ReplyDelete
  5. Saya amat setuju..sepatutnya dari dulu lagi YB Ripin diangkat sebagai wakil rakyat..pemimpin beginilah yang kita cari..semoga beliau success selalu..amin..

    ReplyDelete