Wednesday, October 27, 2010

Apa jadahnya sentimen anti-Malaya?

Sukar untuk faham mengapa 'gerakan' anti-Malaya masih wujud meskipun sudah sekian lama Persekutuan Malaysia dibentuk yang menggabungkan tiga wilayah (dahulu empat, sebelum Singapura keluar dari persekutuan) Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Memang benar pembangunan Persekutuan Malaysia banyak bertumpu di semenanjung, tetapi itu cerita lama. Sekarang yang nyata, peruntukan untuk melaksanakan pembangunan banyak diberi kepada kerajaan negeri Sarawak dan Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak banyak kali menekankan kepentingan Sabah dan Sarawak dalam memastikan Barisan Nasional (BN) terus memerintah kerajaan persekutuan.
Najib berkata, Sarawak dan Sabah adalah 'simpanan tetap' BN. Bukankah ini menunjukkan kepentingan dua wilayah tersebut dalam Malaysia.

Blog sebanakusarawak sejak kira-kira lebih sebulan nampak kian aktif melaksanakan kempen 'Save Sarawak from Malayans'.

Motif kempen tersebut dipampang di blog tersebut - enggan 'dijajah' oleh 'orang Malaya'.

Dengan motif tersebut, ia menunjukkan kegusaran penduduk Sabah dan Sarawak, terutama Sarawak, terhadap campur tangan politik dalam menentukan hal kepimpinan negeri dan pentadbiran.

Pucuk pimpinan negara pasti tahu sebab mengapa pucuk pimpinan negeri perlu menerima arahan dari kerajaan persekutuan.

Mungkin, ada luahan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan kepimpinan kerajaan kerajaan negeri sekarang perlu ditukar sebelum BN turut tumbang di Bumi Kenyalang.

Jelas di sini niat pucuk pimpinan persekutuan bukan seperti yang diuar-uarkan oleh beberapa pihak yang mengatakan kerajaan persekutuan cuba untuk mengaut lebih banyak hasil bumi dari Sarawak.

Sering juga kedengaran, orang Sarawak sering berusaha menuntut royalti minyak dan gas kerana bagi mereka bayaran diterima kerajaan negeri sekarang tidak berpatutan.

Sarawak menurut mereka, sebagai negeri pengeluar gas dan minyak, memerlukan dana tersebut untuk menjalankan kerja-kerja pembangunan infrastruktur.

Adakah penduduk Sarawak lupa perjanjian tetap perjanjian yang perlu dipatuhi, seperti mana mereka mempertahankan hak imigresen di bawah bidang kuasa kerajaan negeri?

Orang Sarawak perlu sedar, mereka juga banyak yang sudah berjaya dalam bidang perniagaan dan karier di semenanjung.

Jika orang Malaya bersikap tidak adil terhadap penduduk dari Sarawak dan Sabah, sudah pasti tidak ada yang berada di kedudukan sekarang.

Seorang teman yang bekerja di Sarawak, hari ini, mengirim satu keratan berita yang dimuatkan dalam sebuah akhbar tempatan yang berjudul 'Beri peluang anak Sarawak pegang jawatan tinggi'.

Itu luahan atau kenyataan daripada Ahli Parlimen Batang Sadong Hajah Nancy Shukri yang jelas menunjukkan beliau kurang celik tentang realiti.

Wahai Nancy, ramai dari Sarawak yang sudah menjawat jawatan tinggi, sama ada dalam sektor awam atau korporat. Buka mata luas-luas wahai orang Sarawak.

Datuk Seri Idris Jala, seorang berketurunan Kelabit, diberi peluang menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas menerajui MAS dan Shell.

Juga, tidak wujudkah Ahli Parlimen dari Sarawak yang dilantik oleh Najib menjadi menteri dalam kabinet persekutuan?

Apa lagi yang 'Sarawakian' dan 'Sabahan' mahukan?

Malahan, sikap anti-Malaya di kalangan penduduk Sarawak terpancar apabila satu jawatankuasa penaja Umno ditubuhkan oleh beberapa anak Sarawak ditentang habis-habisan oleh pemimpin negeri.

Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) diketuai Encik Affendi Jeman, dijadikan bahan cemuhan di kalangan pemimpin negeri.

Affendi memang berhak untuk berbuat demikian kerana beliau faham perjuangan Umno yang ingin membelas Melayu dan Bumiputera Sarawak - seperti dilakukan Umno selepas memasuki Negeri Di Bawah Bayu.

Gerakan Anti-Malaya yang diwujudkan oleh blog sebanakusarawak wajar dihentikan. Ia dikhuatiri membangkitkan dan menyemarakkan sentimen kewilayahan.

Sentimen demikian amat bercanggah dengan gagasan 1Malaysia yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib sejurus beliau memegang tampuk pemerintahan negara.

Jika sentimen tersebut semakin meluap, nescaya gagasan 1Malaysia tidak mampu mencapai matlamat yakni mengetepikan perbezaan kaum, wilayah dan agama di kalangan rakyat Malaysia.

Gerakan anti-Malaya patut sedar bahawa peruntukan bajet setiap tahun semakin banyak bertumpu di Sarawak dan Sabah.

Kerajaan negeri juga perlu melaksanakan peranan untuk membangunkan negeri dengan menggunakan kewangan yang diperolehi mereka.

Jangan sekadar pandai memohon peruntukan dari kerajaan persekutuan tetapi dana sendiri disimpan untuk projek-projek yang membazir yakni bertujuan memenuhkan poket para pemimpin dan kroni sendiri.

Kerajaan persekutuan banyak kewajiban dan tanggungjawab untuk dilaksanakan di negeri-negeri dalam Malaysia, bukan hanya Sarawak!

Sudah tiba masa untuk 'Sarawakian' membuang jauh-jauh sentimen anti-Malaya dan sedia menerima kebersamaan dalam Persekutuan Malaysia.

51 comments:

  1. orang semenanjung sangat racist!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO Sarawak - jangan harap, cukuplah apa yang kami lihat dan tahu tentang UMNO di Sabah.

      Delete
  2. Semangat atau sikap 'racist' ini ada pada setiap orang tak kira samada mereka adalah dari golongan majoriti atau minoriti. Contohnya malay for malays! chinese all out for chinese! dan Indian for Indians! Di Sabah, Sabah for Sabahans! dan di Sarawak pula for Sarawakians! Soalnya kenapa asyik mengata orang semenanjung racist? Apakah yg dimaksudkan ialah UMNO,MIC,MCA,PKR,PAS,DAP? Bukan kah semua dah punyai jentera politik yg mewakili kaum dan citarasa masing-masing?. Jika UMNO membela masyarakat melayu dan bumiputera apakah itu racist? Jika DAP asyik menyemarakkan semangat orang cina walaupun dah ada MCA apakah itu racist? Soal racist tak seharusnya timbul kerana setiap kaum sudah ada jentera masing-masing. Apa yang penting ialah setiap pemimpin parti tersebut harus melihat keberkesanan mereka di dalam meneruskan perjuangan masing-masing. Jika tak berkesan jangan menuding jari pada orang lain. Perbaiki diri sendiri dan jentera masing-masing! Kalau dah tak berkesan rela berundur dan diganti. Jangan asyik nak pegang kuasa kerana itulah yang menimbulkan perbalahan.

    Di Sarawak memang ramai yang menyokong UMNO bukan kerana nak ambil kesempatan tetapi kerana semata-mata nak melihat perpaduan satu bangsa Malaysia, merapatkan jurang perbezaan dan menghapuskan sikap anti-malaya. Sebab itu ada yang sokong JPUNS. Malangnya Encik Affendi Jeman yang dulunya beria-ria nak memperjuangkan matlamat tersebut akhirnya terbukti mempersia-siakan sokongan ahlinya apabila telah didedahkan pembohongan dan penipuan beliau di dalam akhbar Utusan Borneo selepas Pilihanraya Negeri.

    Semua pihak harus berusaha untuk menyatukan negara ini supaya lebih makmur dan peranan UMNO dalam perkara ini tidak perlu disangkal oleh mana-mana pihak atau negeri. Apa bezanya jika parti UMNO tidak 'bertapak' di Sarawak tetapi ada yg mendakwa bahawa PBB adalah UMNO? Jika dakwaan itu benar maka kenapa tidak 'suka' UMNO di Sarawak sedangkan ianya sudah ada di Sarawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami di sarawak tak menyokong Umno atau pun Proksi nya...Umno penjajah yg terus bermaharajalela mengaut hasil mahsul rakyat sarawak melalui proksinya. Perjanjian minyak sebenarnya adalah satu rampasan... Ia berlaku dlm tahun awal 70 puluhan. Cerita ini akan terus dibongkar utk pengetahuan generasi baru Sarawak yg belum tahu... Umno sesungguhnya adalah Kuda Zionis yg tamak haloba dan berniat utk terus menjajah Sarawak..

      Delete
  3. UMNO tak semestinya parti yang terulung dan dipilih sebagai last resort di Sarawak. gagal di semenanjung pada pilihanraya umum lepas cukup mencerminkan kelemahan UMNO untuk menyatupadukan orang melayu. ramai melayu lari masuk PAS dan PKR. ini pula nak menyatupadukan rakyat bumiputera Sarawak. that's is the job for PBB and it has been proven PBB berjaya mengekalkan perpaduan bumiputera di Sarawak. lihat saja rekod kemenangan PBB dalam pilihanraya sarawak yang lepas.

    UMNO jangan terlalu merasa diri sebagai parti penyelamat. dan kepada pihak2 yang menggunakan nama UMNO untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat bumiputera sarawak selama ini, sila hentikan perbuatan jijik kalian semua.

    jangan lupa jasa PBB dan parti komponen lain dalam BN sarawak yang menyelamatkan kerajaan malaysia pimpinan UMNO daripada kalah pada PRU umum yang lepas! BN hanya menang dengan majoriti mudah! jangan lupa! kembalikan dulu keyakinan orang melayu di malaya terhadap UMNO sebelum cuba nak jadi jaguh ditempat org lain!

    ReplyDelete
  4. komen ke 2 ni sama mcm komen aku beberapa bulan lepas. sarawak is totally different. please retain our unity. admin umnosarawak ni mmg layak disepak.kepada sarawakians, ingat.jangan lupa sejarah melaka dan sejarah2 sebelum merdeka.

    ReplyDelete
  5. Langkah mayat saya dahulu.

    ReplyDelete
  6. Kepada orang Sarawak... Jangan biarkan parti umno bertapak di Sarawak... Learn what has happen in Sabah... Otherwise, you guys will get the same shit... Kick umno out from Sarawak!!! In Sabah, sure, we are in progress to kick all umno candidate... No more umno in Borneo!

    ReplyDelete
  7. umno sangat racist.. Ini terbukti kerana matlamat mereka hanya membela satu kaum iaitu melayu.. Kenapa nak bangkitkan isu kaum kalau nak memerintah? Korang sedar tak, setiap kali berucap mesti agung2 kan melayu.. Macam mana dgn kaum lain? Dorang tak layak dibela kah? Kita di pulau Borneo sudah lah dipinggirkan sejak t'bentuknya Malaysia.. Negeri yang kaya hasil bumi tapi miskin infrastruktur nya.. Nak buat jalan highway dari Sabah ke Sarawak pun takda.. Mana pergi Perjanjian Malaysia 1963? Kesamarataan? Jauh sekali.. Saya bukan anti Malaya tetapi saya anti Kerajaan Malaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua Arkib Sabah kata So-called Perjanjian Malaysia atau perjanjian 20 utuk Sabah n 18 untuk Sarawak cuma conditions saja dan not legally binding!

      Delete
    2. PATUTLAH SABAH JADI JAJAHAN! RAKYAT TAK TERBELA! CELAKA! CONDITIONS PUN KENA IKUT JUGAK! RAKYAT SABAH SARAWAK PERJUANGKAN HAK KITA! TUNTUT PERKARA 18 DAN 20. PERJANJIAN INI SEOLAH2 TELAH DILUPAKAN DAN CUBA DIPADAM DARI INGATAN ANAK2 MUDA SABAH SARAWAK! INI KERJA SIAPA KALAU BUKAN UMNO!

      Delete
  8. Fuck off to motherfucker racist shit group called UMNO YO..

    ReplyDelete
  9. Admin, sebelum kau maok nulis apa2 kat ctok. Fikir dalam2 dolok sebelum merepek ngan kenyataan nak nang sik berakal tok. Racist? Perkataan ya sik pernah wujud dalam Sarawak, cdak UMNGOK ya nak mbak perkataan racist ya kat Sarawak, selama tok orang Sarawak OK jak ngan kaum masing-masing tapi UMNGOK tok datang kakya eksen madah kesuperioran Melayu kat ctok sia, sapa sik manas? Orang Sarawak bukan sik suka ngan orang Malaya, ORANG SARAWAK SIK SUKA NGAN PARTI ORANG MALAYA.

    ReplyDelete
  10. Kalau UMNO adil, sarawak dan sabah sudah lama membangun. 48 thn jalanraya pun dpt di buat. sedangkan di malaya kamu sebut apa saja jenis kemudahan cth MRT, Lrt jalanaraya 8 lrg semua ada. mana perjanjian 18/20? baru 1 idris jala jadi pegang top post di persekutuan. yg 100 org malaya pegang top post? ini 1:100. cuba u pergi ke jbt persekutuan di spg 3. hampir 3/4 pegawai dari 41-jusa adalah org malaya. pegawai pendidikan lebih 300000 yg berada di swk. setiap thn anak swk memohon KPLI >6000 tapi yg dpt <1000 dan >4000 anak malaya di tugaskan di swk. ini yg dikata umno swk adil? kita bukan anti-malaya tapi kerana sikap pilih kasih orang malaya itu sendiri yg di atas menyebabkan kita benci. Seandainya org malaya yg menguruskan pentadbiran kerajaan bersikap adil dgn swk dan sabah sudah pasti org sabab dan swk sgt gembira. sekiranya melayu malaya berada di tpt sabah dan swk sudah lama mrk merusuh. penjanji malaysia adalah spt tebu, hanya manis dipangkal tapi tawar di hujung.

    ReplyDelete
  11. cerita lama tapi mesti dibayar balik! kalau betul dalam persekutuan, budget negara sepatutnya dibahagi 3, ini baru la adil.
    satu lagi, cukup la Sabah rosak kena UMNO.. sarawakian, jaga la tanah korang. jangan biar UMNO bertapak. Agi Idup Agi Ngelaban..
    kalau asyik cakap perpaduan Melayu, melayu, melayu..bukankah itu racist namanya?? bongok betul..

    ReplyDelete
  12. UMNO jangan mimpi la kau nak masuk Sarawak.Kami tidak mahu tanah kami dicemari dengan kedatangan pendatang haram yang diberi IC macam di Sabah.Apa guna kau masuk Sarawak?Sarawak banyak kaum dan parti macam kau ni akan merosakkan minda dan pemikiran orang Sarawak.

    UMNO get lost!

    ReplyDelete
  13. HAAAARRRRRKKKKKKKKK.....PPTTUUUUIII!!! KEKEKEKEKE...

    ReplyDelete
  14. Kiss my A** lick my D**K muaaaahahahahaha.....

    ReplyDelete
  15. berkerja di sabah memang terbuka luas mata ku melihat...Felda di Ladang Sahabat 16 peneroka berjawatan tinggi anak jati sabah ke...yang berjawatan tinggi anak tempatan itu kuli yang mejaga kepentingan sahaja!!!!macam Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokthar diberi artist fuhh mantop jadi bini no. 2 terus senyap ja di Parlimen

    ReplyDelete
  16. jangan biar umno masuk Sarawak kalau tidak sijil kelahiran lewat akan dimanipulasi Umno pak Pakistan,pelarian Filipina,peladang Indonesia akan ada di Sarawak macam di bahagian di Lahad Datu,Tawau dan Sandakan diberi taraf warganegara....nak protect bumiputera konon..sedangkan apply jawatan perkhidmatan awam terang lagi bersuluh pilih bulu di borang on9nya..bumiputera letak di lain..kenapa x letak melayu dan bumiputera sabah dan sarawak first place..seumpama bumi sarawak dan sabah sama tergolong dengan bangsa non bumi...

    ReplyDelete
  17. TAK PAYAH PERASAN LA BRO.. UMNO NAK MASUK SARAWAK.. TENGOK AWAK BERADA DI MANA. .KALAU NAK BAWA BUDAYA SEMENJANUNG KE SINI BAIK TAK PAYAH.. POLITIK LUCAH. .KORUP.. TAK HABIS2 DENGAN VIDEO LUCAH KORANG TU...
    Kekayaan SARAWAK DIKAUT OLEH UMNO

    ReplyDelete
  18. UMNO sik patut wujud kat tanah Sarawak coz UMNO ya khas pake cdak org melayu gila gan bangsa dirik empun... kt sabah gan sarawak ctok, sik gago gan bangsa sapa... janji polah keja bagus... mun polah keja sik bagus, mek org anuk cara individu sik kira bangsa or pa2... sebab mek org tok sik kira kulit apa ko ada... nan benar rah sarawak ctok, org bumiputra sik suka ngga org cina coz zaman dolok org cina sik suka ngga org bumiputra... coz cina nan gila bisnes n i like it! haha! p ktk org mesti tauk... UMNO sik mungkin bertatah rah tanah Sarawak... mun cdak UMNO masuk sarawak, siap cdak UMNO, kempen tikam telur busuk berkumpul kat KIA or cney2 tpt cdak UMNO mok beri ceramah... UMNO suck... suck to BN & thats why BN sarawak spoil... BN spoil because of UMNO coz UMNO ajar BN sarawak suh curi duit rakyat... mena sik?

    ReplyDelete
  19. Kalau lah susah2 nak berklaie tentang UMNO masuk sarawak, bagus kitak urang keluarkan Sarawak dari Malaysia. klak nanga macam ne kitak urang memerintah. Selama tok mun sidak kerajaan persekutuan sik nulong merik duit pakey pembangunan disarawak apa oleh kita. jangan klakar besar macam seorang ahli politik. Bersyukur mana yang ada dolok. ujung2 sik pandey memrintah macam berlaku di mesir dan libya. Presiden negeri ya, nya memerintah sampe 30 hingga 40 tahun seperti Mubarak dan Muamar Gadafi..sik mauk merik peluang dengan urang lain memerintah..ne dak rakyat manas dan memberontak. Mun perdana menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak maca ruangan tok, tentu nya sedih kerana sik menghormatinya. Apa gunanya bentang belanjawan hingga berbuih mulutnya, kitak urang madah, sik ada pembangunan disarawak.Sebagai pemimpin No. 1 negara, nya lebih arif agik apa2 masalah dengan rakyat di sarawak dan sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belanjawan hanya 10 peratus utk sabah dan sarawak..!! adil kah?.. Sepatutny 2/3 drpd belanjawanhanya orang malay jadi Ketua Negara..adil kah?.. hanya orang malaya jadi PM..adilkah? .. Ibu negara persekutuan hanya di tempatkan di Malaya...adilkah?...Pilihan terbaik utk rakyat Sabah dan Sarawak ialah..."Keluar drpd Persekutuan Malaysia yg bagai khianat ini..!!!..
      Haaakkk Tuihhh!!!

      Delete
  20. lucunya petikan di atas... umprono nak masuk sarawak! jangan haraplah.

    ReplyDelete
  21. Umno, korang ni memalukan dan merendahkan bangsa kamu sendiri.. tidak semua melayu berfikiran macam korang.. nak senang tak payah lah dapatkan hak2 istimewa.. nampak sangat korang tu bertanding semua tak sihat dan inilah yang ingin korang semaikan dalam minda rakyat.. ingat2 lah, Malaysia bukan bapak korang punya.. hak kita mesti sama, tak kira bangsa.. itulah baru betul konsep 1Malaysia.. bangsa lain tidak pernah ingin membenci sesama sendiri tapi, kalau korang masuk.. saya boleh gerenti, RACIST minded macam korang tumbuh macam cendawan selepas hujan.. jangan korang perlakukan rakyat macam orang zaman jahiliah, okay? pandangan korang sudah tidak relevan di zaman sekarang.. RACIST may go to hell!!
    p/s: penulis artikel ni kena buat research sebelum memuat naik pendapat dia, okay? jangan jadi keldai BN/Umno.. you make yourself look terribly stupid..

    ReplyDelete
  22. fuck off! no UMNO in sarawak!! u may get bash if u're came in here!

    ReplyDelete
  23. kalau UMNO masok sarawak, abis la tanah kita sikit demi sikit bertukar hak milik kepada orang Melaya.. dari dulu kita dah lihat, semua sumber2 asli kita disalur ke semenanjung untuk kepentingan orang Melaya. Kalau kita lihat, kebanyakan kontraktor Petronas Carigali juga kebanyakan dari semenanjung. secara tidak langsung duit kita disalurkan ke sana. Kalau UMNO masuk sarawak, saya percaya ramai orang Melaya yang akan berhijrah ke sini untuk mencari peluang menambah kekayaan mereka, mereka ada kuasa membeli sebab ada duit (hasil daripada sumber2 negeri kita), jadi pasti mereka shopping sakan beli tanah kita.. dan buat lagi projek besar untuk keuntungan mereka.. balik2 kita juga yang makan gaji kecik yang belum tentu cukup untuk menampung sara hidup.. manakala mereka mengaut keuntungan yang besar. Selagi kita dibawah Malaysia, selagi itu ekonomi keseluruhan kita rakyat Sarawak di tangga tercorot.

    ReplyDelete
  24. Mun dah kitak urang gila gilak, ikut seperti Singapura yang keluar dari Malaysia. Ktk nanga Singapore kinek tok..antara negeri yang terkaya dalam dunia..ekonominya mencapai 11% kdnk.Jiran kita Brunei..negeri kecik tapi sultannya dulunya orang yang paling kaya dalam dunia. Pintu istana dan bahagian lain disalaur dgn emas. Harga kereta di Brunei sangat murah dari Msia..sik ada cukey.Yang merasa ialah kita,rakyat. Sidak menteri diatas ne nya tauk..tetak ajak sidak nanga kita berkelaie dlm ruangan tok. Mun dah kroni2 sidak dapat projek besar2 ne sidak mauk nganok kerajaan persekutuan. Duit datang sine, tentu datang dari orang melaya. Selauk tangan kitak naip disitok macam ya juak keputusannya. Jgn jadi bodo berkelaie sama dirik empun. Mun dah kitak urang sik suka dgn orang melaya..terus terang ajak nulis surat pada PM kita. Gumpul tandatangan dan suruh ketua kitak urang "in person" hantar ke KL.

    ReplyDelete
  25. Oi mangkuk,kalau benci umno adakah perlu keluar Malaysia?Sedangkan orang Malaya sendiri bukan semua sokong Umno..kalau orang Sarawak tidak suka sama Umno,untuk apa beria-ria nak ceroboh Sarawak?..Pikir guna otak la..

    ReplyDelete
  26. Hei bodo mun sik pandey nak komen..diam ajak ketepi. jangan nak nyampok kelaka urang tua yang lama makan garam.

    ReplyDelete
  27. UMNO, please leave us alone. Dear Mr. Admin, please stop your nonsense before someone cut your head off! PLEASE STOP TRYING TO WRECKS SARAWAKIANS UNITY. SARAWAK IS BETTER WITHOUT UMNO!

    ReplyDelete
  28. Wahai orang Sarawak, janganlah menanam perasaan dan sikap membenci sesama manusia walaupun kita berlainan bangsa dan agama. Semua parti politik baik yang sudah ada di Sarawak maupun belum ada, selagi-lagi ianya dipimpin oleh manusia, maka ianya tidak terkecuali dari sikap tamak haloba pemimpin yang memimpin sesebuah parti. Di blog ini 'banyak' yang mengkritik dan menyemarak semangat membenci umno orang 'luar'. Sebaliknya kita harap janganlah hendaknya ada orang semenanjung di semenanjung pula membenci ribuan orang Sarawak yang berada di semenanjung sekarang mencari makan. Kita hendakkan yang terbaik untuk seluruh Malaysia termasuklah Sarawak. Bukan membenci umno caranya. Kita takut 'dijajah' oleh orang 'luar'?. Ada pemimpin yang sudah memimpin hampir 30 tahun lamanya. Mungkin itu lebih baik dibincangkan disini???kalau nakkan yang 'terbaik' untuk Sarawak.??Barulah kritik mengkritik ini ada makna untuk semua lapisan masyarakat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah hendaknya,sudah tiba masanya kita menilai dan merancang apa yang telah kita capai dibawah kepimpinan BN negeri sekarang adakah anda puas dan berbangga atau anda hanya berpura-pura puas...

      Sudah tentu ada relevenya orang Sarawak sudah mahu menerima UMNO. Saudara Affendi Jeman hanya pencetus ajak nubuh JPUNS dan yang penting adalah kita ngene nak pastikan Sarawak sik di untung oleh segolongan manusia pemimpin ajak.Jangan menang sorak kampong digadai....Mun digadai ngan umno siada hal tapi mun tergadai ngan orang lain....?

      Tanyak diri empun puas-puas...

      Delete
    2. Hahahaha! bodo btol bunyi ko ni. mun digadai ngan UMNO takde hal ko kata? wei! rakyat sarawak lebih rela dipimpin oleh orang sarawak sendiri! buat apa nak gadai kat orang luar! KAU JANGAN LUPA PERKARA 18 DALAM PERJANJIAN PEMBENTUKAN MALAYSIA!! KAU TAHU TAK SEJARAH? TAHU PERJANJIAN ANTARA MALAYA, SINGAPURA, SARAWAK DAN SABAH UNTUK BENTUK MALAYSIA DULU? KAU JANGAN LUPA ASAS TU SEMUA! JANGAN LUPA HAK-HAK KITA SEMAKIN TERHAKIS! CARI FAKTA, BELAJAR, KAJI!!

      Delete
  29. KAMEK MOK PROJEK LEMBU FIDLOT!

    ReplyDelete
  30. UMNO is no use to Sarawakians.UMNO is only for Malay and for all.How about respecting 18/20 points agreement during the formation of Malaysia?Malaysia should be like United Kingdom.One kingdom but three different entity controlling their own affairs.Idris Jala and other politicians who are being given post in federal is to please the Sarawakians.But we know UMNO always want more than that.UMNO is the most corrupt entity.

    ReplyDelete
  31. Sungguh mengarut UMNO masuk Sarawak... uruskan perpaduan Melayu di MALAYA dulu tak perlu ganggu SArawak. Sarawak dan Sabah adalah negara yang bergabung dengan Tanah Persekutuan Melayu utk membentuk gagasan Malaysia... yang paling ketara buktinya adalah sabah dan sarawak mempunyai menteri kabinet sendiri, sedangkan di MAlaya, cuma exco negeri saja... tapi sekarang adakah Sabah dan Sarawak mendapat layanan seperti rakan kongsi? mana ada... jadi anak tiri ada la... ini semua adalah salah UMNO yang ditunjangi oleh Tunku Abdul Rahman.... konspirasi UMNO utk meluaskan jajahan... semua perjanjian dahulunya semakin dimansuhkan dengan bisikan hasutan UMNO yang menerajui Pakatan Barisan Nasional.... UMNO akan melenyapkan hak hak bumiputera sarawak, hak hak beragama, dan hanya mementingkan kroni, sudah pasti,...

    ReplyDelete
  32. Kasihan Anik Sungaikut...Jangan salahkan pemimpin...sebaliknya salahkan diri sendiri..baru jadi anak selepas merdeka hujah pun lintang pukang...berjuang pun tak pernah menuntut kemerdekaan...tahunya pancing ikan kat sungaikut..

    Mana ada bahasa Malaya lagi...cakap pun tak bertamadun...kita sudah Malaysia, bukan mata dan telingga besar-besar,pecahkan otak untuk menerima hakikat...Sarawak bukan diperintah UMNO selepas merdeka dan sebelum merdeka...saya tak mahu hurai apa yang saudara hujah...kerana saudara tidak mengkaji dan meneliti kuasa ekskutif yang Sarawak nikmati walaupun menyertai pembentukan sebuah negara bernama MALAYSIA ....

    Hujah Aniksungaikut sebagai menghasut dan dunggu.....

    ReplyDelete
  33. fuck off for malaya.... keluasan sarawak dan sabah sudah cukup untuk tengelamkan negeri semalaya, fuck off for malaya umno kerana sunguh adil mengagihkan kekayan dua negeri besar di borneo yang sepatutnya di panggil nagara, sama rata dengan negeri2 kerdil semalaya,terima kasih kerana tinggal kan hanya tulang untuk sarawak dan sabah thank you malaya for your justice and left us a apiece of shit

    ReplyDelete
  34. WOI UMNO!! MANA 18 PERKARA DALAM PERJANJIAN PEMBENTUKAN MALAYSIA YANG KORANG CUBA SEMBUNYIKAN DARIPADA RAKYAT SARAWAK? PEMBAWA UMNO NI MEMANG ANAK HARAM!! JANGAN CUBA NAK HILANGKAN INGATAN KAMI TERHADAP ISI KANDUNGAN PERJANJIAN ITU!!

    ReplyDelete
  35. "Kerajaan negeri juga perlu melaksanakan peranan untuk membangunkan negeri dengan menggunakan kewangan yang diperolehi mereka".............

    18 PERKARA DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA INGIN DINYATAKAN DISINI SARAWAK BUKAN NEGERI..SARAWAK ADALAH NEGARA!! NEGARA SARAWAK.

    ReplyDelete
  36. Pencacai!lahanat kau! pengkhianat sarawak! semata berkehendakkan kuasa sanggup kau memecah belahkan perpaduan bumiputera sarawak hah!! celaka jpuns!HOI UMNO!! MANA HAK NEGARA SARAWAK?!!

    ReplyDelete
  37. Hoi! kitak orang butak mata asyik nak bercakap pasal umnolah..hak rakyat sarawaklah...bla..bla..bla lah..
    kamek nak nanya dengan kitak semua termasuk nok empun blok tok. apa cerita dengan cm nok dah lebih terok dari umno, lebih terok dari 18points dan lebih rakus membolot hak rakyat sarawak. jangan jadi bodo buang aik lior cakap pasal org lain. kitak orang tok sik kemana jua yang siok cm juak tiap hari ngaut hasil rakyat sarawak. ngata mau turun sik juak sampei kenek tok. mun kitak orang pandei ayoh kita bincang pasal macam ni nak ngambi hak kita ia balit dari cm tok sebelum nya cabut lari..kalau sik, iboh bincang pasal benda lain nok sik ada faedah di sitok BONGOK!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. CM ya lah barua UMNO Menjajah dan menjarah hasil bumi Sarawak.. kau ya sik tauk ujung pangkal..!!! sebab ya UMngok terus membela nya.. Dari zaman Tun Rahman Yakub, tahun 1970 sampe kinek tok Sarawak telah dijajah dan rogol oleh Umngok..Umngok cuma takut akan suasana selepas ketiadaan Taib.. Sebab ya kelam-kabut..sidak kinek tok.. FAHAMMM!!!

      Delete
  38. BN sarawak harus mengambil kira pendapat rakyat sarawak sekiranya ingin terus berkuasa disarawak. BN Sarawak jangan terlalu mengikut telunjuk UMNO. Rakyat Sarawak ingin kerajaan negeri dikuasai oleh rakyat dan parti politik dari sarawak sendiri.
    Rakyat sarawak harus bersatu tak kira kaum atau agama untuk menuntut keadilan untuk sarawak. Ingat rakyat sarawak mungkin lebih berkemampuan untuk mentadbir negara. Mengapa semua kuasa berpusat di Malaya?
    BN sarawak harus menilaai semula peratus kerjasama dengan BN pusat. Kepada waakil rakyat takutlah kepada kuasa rakyat, kenapa takut tidak dicalonkan oleh Najib?
    Kalau BN Sarawak terlalu menurut kehendaak UMNO dan ttidak menurut kehendak rakyat sarawak jangan bagi undi kamu padanya. Undi BN sarawak, samaa seperti mengundi UMNO. Kalau BN Sarawak jatuh UMNO pun Jatuh.
    Ingat BN Sarawak, Perjuangan kamu haruslah selaari dengan kehendak raakyat sarawak.

    ReplyDelete
  39. SARAWAKIAN, BE YOURSELF! DO EVERYTHING OUR WAY! THE PEOPLE ON THE OTHER SIDE OF THE COUNTRY, WE DON'T NEED THEM. THEY DON'T SET THE STANDARDS! FUCK THEM, FUCK THEIR MINDSET & FUCK THEIR STANDARDS!

    ReplyDelete
  40. MANA ADA ANTI MALAYA...ANTI SABAH SARAWAK ADALA...TENGOK FACEBOOK LA....BODO LA ADMIN NI...LUPA PULA..BUDAK2 UMNO MMG XDE YANG PANDAI PUN..KALO ADA PUN PKAI SIJIL PALSU..HAHA

    ReplyDelete
  41. Saya bangkang umno menjajah sarawak! I can imagine if umno conquers
    sarawak, first thing they will do is to convert as many Christians to Islam by offering higher position in government and money like they did to sabah before....

    ReplyDelete
  42. Menteri2 disarawak dan sabah sdiri yg xingin majukan negeri masing2 sbb cbuk nk mgkayakan diri ank branak..yg jd mangsa rakyat la...

    ReplyDelete
  43. Stiap taun krajaan swk dn sabah mintak peruntukkn dgn krjaan tp duit yg dbg xnmpk mna perginya..xkn nk salah krjaan jgk..ni yg buat rkyat trus emosi mgharapkn janji yg xkunjung tiba...cuba pkir knapa byk sgt parti politik diswk? Adakh bnar2 nk mmperjuangkn bgsa@mmperjuangkn anakbranak? Msing2 cbuk nk jd ketua?utk tujuan apa tu ye?

    ReplyDelete