Saturday, October 30, 2010
DAP gusar 'Sejarah'?Risau ia perkukuhkan kedudukan Melayu/ Bumiputera dalam Perlembagaan
Kenapakah DAP tiba-tiba seperti melatah dan melenting bila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Sejarah akan dijadikan sebagai salah satu subjek wajib lulus untuk memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013?
Pengumuman itu sepatutnya disambut baik dan dialu-alukan sebagai satu langkah penting untuk membina rasa kebersamaan di kalangan generasi muda. Rasa kebersamaan (persamaan persepsi tentang sejarah masa lalu dan persamaan harapan untuk masa hadapan) adalah salah satu syarat utama untuk membina sebuah negara bangsa.
Dan ini akan dapat dicapai melalui satu silibus pelajaran Sejarah yang seragam yang sama-sama dipelajari oleh semua murid dan pelajar pada setiap peringkat sistem persekolahan kita.
Begitulah seharusnya satu reaksi yang sihat terhadap pengumuman Muhyiddin itu.
Fadillah berpandangan jauh hadapi pilihanraya
Friday, October 29, 2010
Sabah cukup beruntung ada Umno. Sarawak bila lagi?
Ini buktinya.....
UMNO, satu daripada tunjang Barisan Nasional (BN) di negeri ini, telah memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Tanpa bimbang dengan tindakan sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang telah dibubarkan bagi menghidupkan semula USNO, yang dikenali sebagai “Usno 2006”, Musa, yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO negeri, berkata, terpulang kepada kumpulan itu untuk melakukan apa yang mereka mahu.
USNO dibubarkan oleh pengasasnya, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun, sebaik sahaja selepas pilihan raya umum 1990, bagi memberi laluan kepada kemasukan UMNO ke Sabah.
“Kami di Sabah ada UMNO untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat… terpulang kepada mereka (untuk meneruskan usaha menghidupkan semula USNO),” katanya.
Musa diminta mengulas kenyataan bekas Naib Presiden USNO dan pengasas bersama UMNO Sabah, Datuk Karim Ghani semalam bahawa berdasarkan hasil soal selidik di seluruh Sabah, majoriti bekas pemimpin Usno berasa mereka dipinggirkan. - UMNO Online
Thursday, October 28, 2010
Sesi soal jawap berkenaan "Malaysia Corruption index – is sliding down, it is no good!"
Political will to eradicate corruption needed
Wednesday, October 27, 2010
Apa jadahnya sentimen anti-Malaya?
Memang benar pembangunan Persekutuan Malaysia banyak bertumpu di semenanjung, tetapi itu cerita lama. Sekarang yang nyata, peruntukan untuk melaksanakan pembangunan banyak diberi kepada kerajaan negeri Sarawak dan Sabah.
DAP pertikai keistimewaan Bumiputera !!!
DAP PERTIKAI KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA DI KG BARU, TAPI MEMBISU DI KG MELAYU!
Tony pertikai diskaun hartanah Bumiputera di depan pengundi cina |
Depan pengundi melayu lain pula cerita.. |
Tuesday, October 26, 2010
Watak reject dan recon hancurkan demokrasi dan PKR sekaligus
Okt 4, 10
4:44pm
Sunday, October 24, 2010
Sesi soal jawap berkenaan "National inquiry into the rights of indigenous people of Sarawak"
Sesi soal jawap berkenaan "Najib speech spelt out the true spirit and thought of UMNO/BN"
Saturday, October 23, 2010
Sesi soal jawap berkenaan "Dayak – let us stand united in this issue"
UMNO Sarawak : Saudara memang kelakar. Tapi tak tahu kelakar atas dasar saudara memang jenis manusia yang kelakar ataupun saudara dah tak tahu apa yang saudara hendak kata.
Perhimpunan Agung UMNO 2010 - Najib cabar Melayu bina keupayaan dengan hak yang ada
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar orang Melayu supaya terus gigih mempersiapsiagakan diri membina keupayaan dan kemampuan dengan memanfaatkan hak yang ada.
Friday, October 22, 2010
Kami mahu Dr. Brian didakwa atas tuduhan 'menghasut'
Sesi soal jawap berkenaan "Is a Dayak a Malay too?"
Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh ahli cendikiawan yang mempunyai gelaran "Dr." dan mereka berupaya untuk memahami apa yang diperkatakan.
Diharapkan saudara tidak lagi memalukan diri sendiri (dan juga kaum Dayak) dengan mengemukakan hujah-hujah yang menunjukkan kecetekkan pemikiran saudara.
Sesi soal jawap berkenaan "Najib is prepared to do anything to keep UMNO in power"
UMNO Sarawak : Perhimpunan UMNO turut dihadiri oleh anak-anak Sarawak yang berasal dari Sarawak. Maka adalah salah untuk saudara beranggapan bahawa tiadanya ahli UMNO yang berupaya untuk merasai perasaan Bumiputera Sarawak.
Thursday, October 21, 2010
Perhimpunan Agung Umno 2010 - Ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak
Teks penuh ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno kali ke-61 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertajuk "Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran".
Bismillahirrahmanirrahim. Rabbi ish-rah-li sadri wa-yassir-li amri wahlul uq-datan min-lisani yaf-qohu qauli. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Perhimpunan Agung Umno 2010 - Anggota Umno capai 3,528,925 orang
Keahlian Umno mencecah 3,528,925 orang sehingga semalam dengan bilangan cawangan sebanyak 20,342 diwujudkan di seluruh negara.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika membentangkan laporan parti pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini memaklumkan Johor mencatat bilangan anggota teramai iaitu 493,495 orang.
Katanya bahagian Umno yang mencatat jumlah anggota tertinggi masih lagi Bahagian Kemaman, Terengganu dengan 42,455 ahli, dan daripada segi cawangan, Cawangan Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor masih merupakan cawangan yang mempunyai anggota paling ramai.
Tengku Adnan memaklumkan pelbagai cara telah dilaksana bagi memperkasakan Umno dan memastikan Umno terus kukuh, termasuk mengadakan kursus-kursus latihan untuk para anggota dari semasa ke semasa dalam semua peringkat.
Perhimpunan Agung Umno 2010 - Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin
PARA pemimpin UMNO memberi tepukan kepada Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur, semalam |
Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian
1. Marilah kita dahului dengan sembah tahmid kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. atas nikmat kurniaan-Nya bagi membolehkan kita bersama-sama untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2010 pada malam ini.
Perhimpunan Agung Umno 2010 - Model politik dan budaya baru Umno
Perhimpunan Agung Umno 2010, yang akan dirasmikan Presiden parti itu Datuk Seri Najib Tun Razak esok, bakal memperlihatkan kepada budaya dan model politik baru Umno untuk lebih terbuka dan inklusif.
Selepas setahun Perlembagaan Umno dipinda, perhimpunan yang disertai 4,907 perwakilan kali ini bakal diisi dengan perubahan daripada segi budaya untuk tindakan seluruh anggota parti.
Perhimpunan Agung Umno 2010 - Umno perlu dilihat lebih perjuangkan hak Melayu
Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sekalipun prinsip perjuangan Umno adalah berteraskan kepada keadilan untuk semua kaum, namun perjuangan membela hak Melayu perlu lebih diutamakan.
Kesamarataan dan kesaksamaan tidak bermakna keadilan, tapi keadilan akan menjamin kesamarataan dan kesaksamaan," katanya ketika membawa usul menyokong ucapan terima kasih ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Perhimpunan Agung pergerakan itu.
Perhimpunan Agung Umno 2010 - 10 ciri perlu dielak untuk pastikan pemuda terus dihormati
Katanya, sikap tidak bertanggungjawab itu perlu dikikis dan dielak dari dijadikan amalan oleh anggota parti kerana perbuatan tersebut tidak selaras dengan model politik baru yang ingin diperkenalkan parti.
"Kita perlu ada tanggungjawab bersama, bukan suka tengok orang lain kena hentam. Kalau pembangkang, sekiranya ada orang dalam parti mereka kena serang, mereka akan pertahankan tetapi dalam parti kita seolah-olah kurang sedikit," katanya.
Perhimpunan Agung Umno 2010 - Wanita Umno perlu membuat anjakan paradigma
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini berkata para anggota Wanita Umno perlu membuat anjakan paradigma bagi menaikkan kedudukan wanita berkebolehan dalam parti itu.
Mereka mestilah sanggup menolak perasaan cemburu dan iri hati terhadap satu sama lain bagi mencapai matlamat tersebut, katanya semasa menggulung perbahasan usul ucapan dasar dan ekonomi pada Perhimpunan Agung Wanita Umno 2010.
Shahrizat berkata Wanita Umno juga perlu "menolak rasa takut untuk memperjuangkan perkara tersebut."
Shahrizat dalam ucapan dasarnya mengajak Wanita Umno untuk memperjuangkan peranan lebih bermakna di dalam parti dan kerajaan bagi melonjak kedudukan mereka dalam Umno ke satu tahap kepimpinan yang membanggakan.
Perhimpunan Agung Umno 2010 - Puteri Umno perlu jadi perintis trend bukan pengikut
Pergerakan Puteri Umno perlu menjadi perintis trend dan bukan pengikut agar perjuangannya mewakili generasi muda dihormati parti dan rakyat, kata ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid
Shirlin.
Beliau berkata Puteri yang mewakili "pejuang bangsa Melayu moden" perlu lebih agresif selaku pewaris negara untuk merencanakan kehidupan rakyat dan masa depan negara melalui idea mantap dan program berkesan.
Perhimpunan Agung Umno 2010 - Program Juara Rakyat tolak tuduhan Umno lesu
Perhimpunan Agung Umno 2010 - Rita sertai Puteri Umno
Borang keahlian beliau diserahkan kepada Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2010 di PWTC.
Erni Dekritawati, yang lebih mesra dipanggil Rita, berkata penyertaannya yang didorong oleh rakan-rakannya itu bertujuan untuk meneruskan legasi arwah ibunya.
Wednesday, October 20, 2010
Sesi soal jawap berkenaan "Sabah UMNO is in trouble and what is in it for Sarawak?"
UMNO Sarawak: Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud ialah presiden PBB dan bukannya orang kanan UMNO di Sarawak. Ini adalah suatu realiti politik di Sarawak dan di Malaysia.
Perhimpunan Agung Umno 2010 - Umno TIDAK PERLU 'APOLOGETIK'
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno yang kini mempunyai kira-kira 3.4 juta anggota, juga tidak perlu apologetik untuk mempertahankan identiti bangsa Melayu, malah anggota parti seharusnya bangga menjadi Melayu, menjunjung adab dan tatasusila Melayu, mempertahankan warisan budaya Melayu, selagi mana Umno berlaku adil kepada semua.
Tuesday, October 19, 2010
Perhimpunan Agung Umno 2010 - Perhimpunan Agung Umno bermula
Perhimpunan Agung Umno 2010 - Bahas di perhimpunan Umno perlu hemah dan tanggungjawab
Perhimpunan Agung Umno 2010 - Najib minta buat persiapan hadapi pilihan raya umum
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemimpin Umno di semua peringkat supaya membuat persiapan rapi menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan Umno terus menjadi peneraju utama kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mesej jelas itu disampaikan Najib kepada perwakilan dan anggota Majlis Tertinggi Umno pada sesi taklimat tertutup presiden sempena Perhimpunan Agung Umno ke-61, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Monday, October 18, 2010
Sunday, October 17, 2010
Najib: New political model to ensure Umno lead
Sesi soal jawap berkenaan "Budget 2011: Do you see anything for Sarawak?"
Dr. John Brian Anthony: I am asking Seliong ak Wau to enlighten us on the implication of the budget to Sarawak please. Anything for us Dayak – I hope we are not lump under Orang Asli. They got $100 million.
UMNO Sarawak: Saudara tidak perlu risau. Seseorang tidak perlu mendapat gelaran "Dr." untuk membezakan Orang Asli dan Dayak. Tidak perlu bersikap sinis.
Saturday, October 16, 2010
Sesi soal jawap berkenaan "Are there any Dayak leaders in the Government?"
UMNO Sarawak: Lihatlah dengan minda yang luas dan bukannya sempit ... ADA.
Thursday, October 14, 2010
Perhimpunan Agung Umno 2010
Wednesday, October 13, 2010
Seminar Media Baru: Pandangan Jauh Fadillah
Tuesday, October 12, 2010
PKR terima tamparan hebat menjelang pemilihan parti
Ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghitung hari untuk mengadakan pemilihan jawatan tinggi parti pada bermula 31 Oktober ini, Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat apabila lebih 200 orang ahlinya menyertai Umno dalam tempoh dua hari ini.
Seramai 215 orang ahli PKR Ranting Lepar Utara di Pahang menyertai Umno hari ini, sekaligus menyaksikan ranting itu dibubarkan.
Ku Li, Umno dan Galas
Tetapi dalam pada itu beliau memberi mesej pelantikan beliau sebagai pengarah jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Galas tidak akan mengubah pendiriannya selama ini lantang bersuara membabitkan kepentingan partinya dan juga kerajaan.
Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1969 ini menegaskan, beliau sama sekali tidak dan tidak akan menggadai prinsip dan pendirian dalam mengutarakan perbezaan pendapatnya hanya kerana jawatan pengarah pilihan raya.
Sunday, October 10, 2010
JPUNS susun semula strategi, usaha bawa Umno ke Sarawak dipergiat.
Bisik-bisik orang-ramai di kaki lima kedai mengatakan JPUNS kini menyusun semula strategi apabila cubaan mereka mendapat tentangan daripada para pemimpin BN di Sarawak.
Tentangan mereka kerana risau dakwaan Affendi Jeman, Pengerusi JPUNS, benar apabila sering melaungkan keahlian pergerakan itu di seluruh negeri kini mencapai 70,000 orang.
Saturday, October 9, 2010
Kerajaan Pakatan di Sarawak sekadar mimpi.
Keyakinan dikaitkan apabila pihak terbabit cuba memujuk agar mereka tidak tewas secara saraf sebelum tiba di medan pertempuran. Tidak salah.
Friday, October 8, 2010
Ahli Umno tolak NEM sebab tak faham
Dr M pulang ke tanahair
Wednesday, October 6, 2010
Mahathir discharged from Aussie hospital
Mahathir discharged from Aussie hospital
Wed, Oct 06, 2010
The Star/Asia News Network
Tuesday, October 5, 2010
Pilihan Raya Negeri Sarawak kian hampir
Berita Harian Online
2010/10/03
Komponen BN siap sedia hadapi pengundian ‘pada suatu Sabtu’ dijangka tahun depan
“DAH dekat nak pilihan raya ni, kita kenalah buka silat sikit-sikit. Saya suka main tai-chi, kerana saya orang tua. Tapi orang baru (generasi muda) kenalah buka silat harimau. Kita perlu mempersiapkan diri dengan isu yang timbul, apa lagi pilihan raya dah dekat."
Itulah bayangan paling hampir diluahkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sekali gus menguatkan lagi spekulasi kemungkinan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 diadakan dalam tempoh terdekat, meskipun tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang hanya berakhir Julai tahun depan.
Sunday, October 3, 2010
Sesi soal jawap berkenaan "Adakah UMNO diterima oleh Dayak?"
Dr. John Brian Anthony: After UMNO entry into Sabah there was a lot of talk of UMNO possible entry into Sarawak. Datuk Abang Abu Bakar was trying very hard to bring UMNO into Sarawak and there are strong interest shown by the Sarawak Malay and some Dayak supporters sometime in 2001. In 2007 a large numbers of UMNO flag was flown on flag posts and roofs and wall of houses in the villages throughout Sarawak. Some suggested that UMNO will make YB Joseph Salang their candidate in the PRU12 as he was without a party then until Taib directed him to join Party Raayat Sarawak headed by his good friend YB Dr. James Masing.
Saturday, October 2, 2010
Ejen Umno bantu Penan
Pengerusinya, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad dalam satu kenyataan berkata pelan yang memberi tumpuan kepada Lusong Laku dan Pulau Bruit itu, akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata pelan pembangunan masyarakat komprehensif itu mengandungi sokongan hidup secara lestari, keperluan asas makanan, pembinaan serta pemulihan kediaman, dan pada masa yang sama, penyediaan perkhidmatan asas kepada masyarakat.
Katanya, semua inisiatif tersebut adalah sebahagian usaha anggota Parlimen di Sarawak untuk melihat pembangunan di bahagian pedalaman yang tidak begitu mudah didatangi.